Wednesday, March 25, 2009
Thursday, March 19, 2009
tazkirah
Tuesday, March 17, 2009
Monday, March 16, 2009
Wednesday, March 4, 2009
bersama anak saudara
tidak dapat dilukis dan ditulis gambarnya....
bahkan tidak dapat dibaca gerakan dalam jiwa dan hatinya....
ia bukanlah pada lafaz dan kata-kata....
bukan juga bergantung pada banyaknya pertemuan yang dibina...
tapi ia adalah satu seni rasa....
yang tidak akan pernah terpisah oleh dek jarak...
dan tidak akan pernah hilang oleh dek masa....
mutiara_sinar: salam
hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar, bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar, harumnya adalah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah di samping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan Qadar Allah S.W.T. :-)
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.